Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لأبشِّرنَّكَ بِها يا عليٌّ فبشِّر بِها أمَّتي من بعدي: الصَّدَقةُ على وجهِها واصطناعُ المعروفِ وبرُّ الوالدينِ وصلةُ الرَّحمِ، تحوِّلُ الشَّقاءَ سعادةً وتزيدُ في العمرِ وتقي مصارعَ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Akan aku berikan berikan khabar gembira tentangnya wahai Ali! Dan khabarkanlah ia kepada umatku selepasku, iaitu: Sedekah pada tempatnya, melakukan perkara ma’ruf, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan menyambung silaturrahim, akan mengubah kesengsaraan menjadi kebahagiaan, menambahkan umur, dan menjauhkan diri dari keburukan.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis no. 4525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأوزاعي قال: قدمت المدينة، فسألت محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب عن قوله عز وجل: (يمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب)؟ فقال: نعم، حدثنيه أبي عن جده علي بن أبي طالب كرم الله وجهه، قال: سألت عنها رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فقال: (لأبشرنك بها يا علي! فبشر بها أمتي من بعدي: الصدقة على وجهها، واصطناع المعروف، وبر الوالدين، وصلة الرحم؛ تحول الشقاء سعادة، وتزيد في العمر، وتقي مصارع السوء). [حل، ((الضعيفة)) (3795)]
(Lemah) Daripada al-Auzaie berkata: Aku mendatangi Madinah dan aku bertanya kepada Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib tentang firman Allah SWT: “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". Beliau berkata: Ya, ia diceritakan oleh ayahku dari datuknya Ali bin Abi Talib Karrama Allahu Wajhah. Beliau berkata: Aku bertanya tentangnya kepada Rasulullah SAW dan baginda bersabda: “Akan aku berikan berikan khabar gembira tentangnya wahai Ali! Dan khabarkanlah ia kepada umatku selepasku, iaitu: Sedekah pada tempatnya, melakukan perkara ma’ruf, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan menyambung silaturrahim, akan mengubah kesengsaraan menjadi kebahagiaan, menambahkan umur, dan menjauhkan diri dari keburukan.” [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3795]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman