Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya; melainkan kesusahan , kesenangan, kehidupan dan kematian

Teks Bahasa Arab

{يَمۡحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ}؛ إلا الشقاوةَ، والسعادةَ، والحياةَ، والموتَ.

Teks Bahasa Melayu

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya"; melainkan kesusahan , kesenangan, kehidupan dan kematian.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 514, hadis no. 2735.

(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «{يَمۡحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ}؛ إلا الشقاوة، والسعادة، والحياة، والموت». [طس، «الضعيفة» (5448)].

(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya"; melainkan kesusahan , kesenangan, kehidupan dan kematian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5448].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.