Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya

TEKS BAHASA ARAB

{يَمۡحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثۡبِتُۖ }؛ قال: يمحو من الرزق ويزيد فيه، ويمحو من الأجل ويزيد فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya". Baginda bersabda: Allah menghapuskan rezeki dan menambahkannya, dan menghapuskan ajal dan menambahkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 514-515, hadis nombor 2736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله بن رئاب الأنصاري – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ في قوله: {يَمۡحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثۡبِتُۖ }؛ قال: يمحو من الرزق ويزيد فيه، ويمحو من الأجل ويزيد فيه». [ابن سعد، ابن جرير، ((الضعيفة)) (5449)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah bin Ri’ab al-Ansari RA, daripada Nabi ﷺ berkenaan firman-Nya: "Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya". Baginda bersabda: Allah menghapuskan rezeki dan menambahkannya, dan menghapuskan ajal dan menambahkannya. [Riwayat Ibnu Sa'd dalam al-Tabaqat dan Ibnu Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5449].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs