Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menghalang melalui Sultan perkara yang tidak boleh dihalang melalui al-Qur'an.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 20, hadis no. 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
جاء عن عثمان موقوفا، ونحوه عن عمر موقوفا.
Ia datang daripada 'Uthman secara mawquf dan seumpamanya juga diriwayatkan daripada 'Umar secara mawquf.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman