Allah menghalang lelaki itu daripada kebaikan, sesungguhnya dia dahulunya dia adalah seorang yang membenci Quraisy

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن رجلا قتل بالمدينة، لا يدرى من قتله، فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: أبعده الله، إنه كان يبغض قريشا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seorang lelaki telah dibunuh di Madinah. Tidak diketahui siapakah yang membunuhnya. Lalu Nabi SAW bersabda: Allah menghalang lelaki itu daripada kebaikan, sesungguhnya dia dahulunya dia adalah seorang yang membenci Quraisy.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 414, hadis nombor 170. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن جابر مرفوعا، وقال: لا أصل له، وذكره ابن الجوزي في الموضعات.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada nabi SAW). Dia berkata: Tiada asal baginya. Ibn al-Jauzi menyebutnya dalam al-Maudhu’at

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs