Allah mengeraskan hati sesama mereka dan melaknat mereka di atas lidah Dawud, dan Isa anak lelaki Maryam

TEKS BAHASA ARAB

يأتي على الناس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور. قلت: يا رسول الله! كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون كما فعلت اليهود، حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم، {ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang awam dalam kalangan mereka membaca al-Quran, bersungguh dalam ibadah, menyibukkan diri dengan ahli bid’ah, mereka melakukan syirik dalam keadaan mereka tidak mengetahui, mereka mengambil habuan rezeki terhadap bacaan dan ilmu mereka, mereka mencari makan untuk dunia dengan menggunakan agama, mereka adalah pengikut Dajal yang buta sebelah, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana hal itu boleh terjadi sedangkan di sisi mereka ada al-Quran? Baginda menjawab: Mereka menyeleweng tafsiran al-Quran mengikut kehendak mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang Yahudi, mereka menyelewengkan Taurat. Lalu Allah mengeraskan hati sesama mereka dan melaknat mereka di atas lidah Dawud, dan Isa anak lelaki Maryam: {Demikian itu kerana mereka menderhaka dan selalu menceroboh} [Surah al-Ma’idah ayat 78].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1292, hadis nombor 6613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: يأتي على الناس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور. قلت: يا رسول الله! كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون كما فعلت اليهود، حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم، {ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون}.
[الإسماعيلي، ((الضعيفة)) (5988)].

(Palsu)
Daripada Ibn Mas’ud RA, katanya: Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang awam dalam kalangan mereka membaca al-Quran, bersungguh dalam ibadah, menyibukkan diri dengan ahli bid’ah, mereka melakukan syirik dalam keadaan mereka tidak mengetahui, mereka mengambil habuan rezeki terhadap bacaan dan ilmu mereka, mereka mencari makan untuk dunia dengan menggunakan agama, mereka adalah pengikut Dajal yang buta sebelah, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana hal itu boleh terjadi sedangkan di sisi mereka ada al-Quran? Baginda menjawab: Mereka menyeleweng tafsiran al-Quran mengikut kehendak mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang Yahudi, mereka menyelewengkan Taurat. Lalu Allah mengeraskan hati sesama mereka dan melaknat mereka di atas lidah Dawud, dan Isa anak lelaki Maryam: {Demikian itu kerana mereka menderhaka dan selalu menceroboh} [Surah al-Ma’idah ayat 78].
[Riwayat al-Isma’ili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5988].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs