Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَكُونُ عَامَّتُهُمْ يَقْرَأُونَ الْقُرْآنَ، وَيَجْتَهِدُونَ فِي الْعِبَادَةِ، وَيَشْتَغِلُونَ بِأَهْلِ الْبِدَعِ، يُشْرِكُونَ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ، يَأْخُذُونَ عَلَى قِرَاءَتِهِمْ وَعِلْمِهِمُ الرِّزْقَ (الأصل: وَعَلَيْهِمُ الْوِزْرُ)، يَأْكُلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ، هُمْ أَتْبَاعُ الدَّجَّالِ الْأَعْوَرِ. قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللّهِ! كَيْفَ ذَاكَ وَعِندَهُمُ الْقُرْآنُ؟ قَالَ: يُحَرِّفُونَ تَفْسِيرَ الْقُرْآنِ عَلَى مَا يُرِيدُونَ كَمَا فَعَلَتِ الْيَهُودُ، حَرَّفُوا التَّوْرَاةَ، فَضَرَبَ اللّهُ قُلُوبَ بَعْضِهِمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَعَنَهُمْ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، {ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang awam dalam kalangan mereka membaca al-Quran, bersungguh dalam ibadah, menyibukkan diri dengan ahli bid'ah, mereka melakukan syirik dalam keadaan mereka tidak mengetahui, mereka mengambil habuan rezeki terhadap bacaan dan ilmu mereka, mereka mencari makan untuk dunia dengan menggunakan agama, mereka adalah pengikut Dajal yang buta sebelah, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana hal itu boleh terjadi sedangkan di sisi mereka ada al-Quran? Baginda menjawab: Mereka menyeleweng tafsiran al-Quran mengikut kehendak mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang Yahudi, mereka menyelewengkan Taurat. Lalu Allah mengeraskan hati sesama mereka dan melaknat mereka di atas lidah Dawud, dan Isa anak lelaki Maryam: {Demikian itu kerana mereka menderhaka dan selalu menceroboh} [Surah al-Ma'idah ayat 78].
Sahabat Perawi
- Abdullah Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1292, hadis no. 6613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: يأتي على الناس زمان يكون عامتهم يقرأون القرآن، ويجتهدون في العبادة، ويشتغلون بأهل البدع، يشركون من حيث لا يعلمون، يأخذون على قراءتهم وعلمهم الرزق (الأصل: وعليهم الوزر)، يأكلون الدنيا بالدين، هم أتباع الدجال الأعور. قلت: يا رسول الله! كيف ذاك وعندهم القرآن؟ قال: يحرفون تفسير القرآن على ما يريدون كما فعلت اليهود، حرفوا التوراة، فضرب الله قلوب بعضهم على بعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم، {ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون}. [الإسماعيلي، ((الضعيفة)) (5988)].
(Palsu) Daripada Ibn Mas'ud RA, katanya: Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang awam dalam kalangan mereka membaca al-Quran, bersungguh dalam ibadah, menyibukkan diri dengan ahli bid'ah, mereka melakukan syirik dalam keadaan mereka tidak mengetahui, mereka mengambil habuan rezeki terhadap bacaan dan ilmu mereka, mereka mencari makan untuk dunia dengan menggunakan agama, mereka adalah pengikut Dajal yang buta sebelah, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana hal itu boleh terjadi sedangkan di sisi mereka ada al-Quran? Baginda menjawab: Mereka menyeleweng tafsiran al-Quran mengikut kehendak mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang Yahudi, mereka menyelewengkan Taurat. Lalu Allah mengeraskan hati sesama mereka dan melaknat mereka di atas lidah Dawud, dan Isa anak lelaki Maryam: {Demikian itu kerana mereka menderhaka dan selalu menceroboh} [Surah al-Ma'idah ayat 78]. [Riwayat al-Isma'ili. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5988].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman