Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن العالمَ والمتعلمَ إذا مرّا بقريةٍ، فإن اللهَ يرفعُ العذابَ عن مقبرةِ تلك القريةِ أربعين يومًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang alim dan penuntut ilmu apabila mereka melintasi suatu perkampungan, Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229, hadis no. 6256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) إن العالم والمتعلم إذا مرا بقرية؛ فإن الله يرفع العذاب عن مقبرة تلك القرية أربعين يوما. [((الضعيفة)) (419)].
(Tidak ada asalnya) Sesungguhnya orang alim dan penuntut ilmu apabila mereka melintasi suatu perkampungan, Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 419].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman