Allah mengampunkan semua ahli kiblah pada awal malam pertama di bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي ﷺ لما حضر شهر رمضان، قال: سبحان الله ماذا تستقبلون، وماذا يستقبل بكم؟ قالها ثلاثا، فقال عمر: يا رسول الله وحي نزل أو عدو حضر؟ قال: لا، ولكن الله يغفر في أول ليلة من رمضان لكل أهل هذه القبلة، قال: وفي ناحية القوم رجل يهز رأسه يقول: بخ بخ فقال له النبي ﷺ: كأنك ضاق صدرك مما سمعت؟ قال: لا والله يا رسول الله ولكن ذكرت المنافقين، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن المنافق كافر، وليس لكافر في ذا شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW ketika datangnya bulan Ramadan, Baginda telah berkata: "Maha Suci Allah, apakah persediaan kalian apabila menerima bulan Ramadan dan apakah kalian inginkan untuk diterima selepas Ramadan?" Maka ‘Umar telah berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wahyu telah turun ataupun musuh telah datang?" Maka Baginda menjawab: "Tidak, namun Allah mengampunkan semua ahli kiblah pada awal malam pertama di bulan Ramadan." Di sebuah sudut, seorang lelaki yang telah menggelengkan kepalanya sambil berkata: “Wah, wah.” Maka Nabi SAW bertanya: "Adakah engkau merasa sedih akan perkataan yang aku katakan?" Maka dia menjawab: "Demi Allah, tidak wahai Rasulullah akan tetapi aku teringat golongan munafik.” Maka Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya orang munafik itu adalah kafir, dan orang kafir itu tidak mendapat kelebihan ini sedikit pun."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis nombor 5683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي ﷺ لما حضر شهر رمضان، قال: سبحان الله ماذا تستقبلون، وماذا يستقبل بكم؟ قالها ثلاثا، فقال عمر: يا رسول الله وحي نزل أو عدو حضر؟ قال: لا، ولكن الله يغفر في أول ليلة من رمضان لكل أهل هذه القبلة، قال: وفي ناحية القوم رجل يهز رأسه يقول: بخ بخ فقال له النبي ﷺ: كأنك ضاق صدرك مما سمعت؟ قال: لا والله يا رسول الله ولكن ذكرت المنافقين، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن المنافق كافر، وليس لكافر في ذا شيء. [طس، أبو طاهر الأنباري في ((مشيخته))، ابن فنجويه في ((مجلس الأمالي))، الواحدي في ((الوسيط))، الدولابي، ((الضعيفة)) (298)]

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW ketika datangnya bulan Ramadan, Baginda telah berkata: "Maha Suci Allah, apakah persediaan kalian apabila menerima bulan Ramadan dan apakah kalian inginkan untuk diterima selepas Ramadan?" Maka ‘Umar telah berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wahyu telah turun ataupun musuh telah datang?" Maka Baginda menjawab: "Tidak, namun Allah mengampunkan semua ahli kiblah pada awal malam pertama di bulan Ramadan." Di sebuah sudut, seorang lelaki yang telah menggelengkan kepalanya sambil berkata: “Wah, wah.” Maka Nabi SAW bertanya: "Adakah engkau merasa sedih akan perkataan yang aku katakan?" Maka dia menjawab: "Demi Allah, tidak wahai Rasulullah akan tetapi aku teringat golongan munafik.” Maka Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya orang munafik itu adalah kafir, dan orang kafir itu tidak mendapat kelebihan ini sedikit pun."
[Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Awsath, Abu Tahir al-Anbari dalam al-Mashyakhah, ibn Fanjawayh dalam Majlis al-Amali, al-Wahidi dalam al-Wasith dan al-Dawlabi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 298].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.