Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ لَمَّا حَضَرَ شَهْرُ رَمَضَانَ، قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ مَاذَا تَسْتَقْبِلُونَ، وَمَاذَا يُسْتَقْبَلُ بِكُمْ؟ قَالَهَا ثَلَاثًا، فَقَالَ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللهِ وَحْيٌ نَزَلَ أَوْ عَدُوٌّ حَضَرَ؟ قَالَ: لَا، وَلَكِنَّ اللهَ يَغْفِرُ فِي أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِكُلِّ أَهْلِ هَذِهِ الْقِبْلَةِ، قَالَ: وَفِي نَاحِيَةِ الْقَومِ رَجُلٌ يَهُزُّ رَأْسَهَ يَقُولُ: بَخٍ بَخٍ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: كَأَنَّكَ ضَاقَ صَدْرُكَ مِمَّا سَمِعْتَ؟ قَالَ: لَا وَاللهِ يَا رَسُولَ اللهِ وَلَكِنْ ذَكَرْتُ الْمُنَافِقِينَ، فَقَال النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الْمُنَافِقَ كَافِرٌ، وَلَيْسَ لِكَافِرٍ فِي ذَا شَيْءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW ketika datangnya bulan Ramadan, Baginda telah berkata: "Maha Suci Allah, apakah persediaan kalian apabila menerima bulan Ramadan dan apakah kalian inginkan untuk diterima selepas Ramadan?" Maka ‘Umar telah berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wahyu telah turun ataupun musuh telah datang?" Maka Baginda menjawab: "Tidak, namun Allah mengampunkan semua ahli kiblah pada awal malam pertama di bulan Ramadan." Di sebuah sudut, seorang lelaki yang telah menggelengkan kepalanya sambil berkata: “Wah, wah.” Maka Nabi SAW bertanya: "Adakah engkau merasa sedih akan perkataan yang aku katakan?" Maka dia menjawab: "Demi Allah, tidak wahai Rasulullah akan tetapi aku teringat golongan munafik.” Maka Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya orang munafik itu adalah kafir, dan orang kafir itu tidak mendapat kelebihan ini sedikit pun."
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis no. 5683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي ﷺ لما حضر شهر رمضان، قال: سبحان الله ماذا تستقبلون، وماذا يستقبل بكم؟ قالها ثلاثا، فقال عمر: يا رسول الله وحي نزل أو عدو حضر؟ قال: لا، ولكن الله يغفر في أول ليلة من رمضان لكل أهل هذه القبلة، قال: وفي ناحية القوم رجل يهز رأسه يقول: بخ بخ فقال له النبي ﷺ: كأنك ضاق صدرك مما سمعت؟ قال: لا والله يا رسول الله ولكن ذكرت المنافقين، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن المنافق كافر، وليس لكافر في ذا شيء. [طس، أبو طاهر الأنباري في مشيخته، ابن فنجويه في مجلس الأمالي، الواحدي في الوسيط، الدولابي، الضعيفة (298)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW ketika datangnya bulan Ramadan, Baginda telah berkata: "Maha Suci Allah, apakah persediaan kalian apabila menerima bulan Ramadan dan apakah kalian inginkan untuk diterima selepas Ramadan?" Maka ‘Umar telah berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wahyu telah turun ataupun musuh telah datang?" Maka Baginda menjawab: "Tidak, namun Allah mengampunkan semua ahli kiblah pada awal malam pertama di bulan Ramadan." Di sebuah sudut, seorang lelaki yang telah menggelengkan kepalanya sambil berkata: “Wah, wah.” Maka Nabi SAW bertanya: "Adakah engkau merasa sedih akan perkataan yang aku katakan?" Maka dia menjawab: "Demi Allah, tidak wahai Rasulullah akan tetapi aku teringat golongan munafik.” Maka Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya orang munafik itu adalah kafir, dan orang kafir itu tidak mendapat kelebihan ini sedikit pun." [Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Awsath, Abu Tahir al-Anbari dalam al-Mashyakhah, ibn Fanjawayh dalam Majlis al-Amali, al-Wahidi dalam al-Wasith dan al-Dawlabi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 298].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman