Kalam Sahih

30/06/2024

minit bacaan



Allah menebus Isma'il

Teks Bahasa Arab

حديث: فدى الله إسماعيل بالكبش.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Allah menebus Isma'il dengan seekor kibas.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Kalam Sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 128, hadis no. 354. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو كلام صحيح، وفي التنزيل: {وفديناه بذبح عظيم} [الصافات: ١٠٧] وأما كون الذبيح إسماعيل أو إسحاق لم يثبت بطريق صحيح، وقد توقف فيه السيوطي وغيره.

Ia adalah ucapan yang benar. Dalam al-Quran: Kami telah menebusnya dengan sembelihan yang besar. Adapun penetapan bahawa yang disembelih adalah Ismail atau Ishaq, maka tiada hadis yang diriwayatkan menerusi sanad yang sahih. Al-Suyuti dan lain-lain bertawaqquf dalam perkara ini.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.