Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah mendengar dengan lebih prihatin kepada seorang lelaki yang merdu suaranya dalam membaca al-Quran

Teks Bahasa Arab

لله أشدُّ أَذَنًا إلى الرجل الحسنِ الصوتِ بالقرآنِ من صاحبِ القَيْنَةِ إلى قَيْنَتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah mendengar dengan lebih prihatin kepada seorang lelaki yang merdu suaranya dalam membaca al-Quran dengan kuat berbanding tuan kepada penyanyi perempuan (mendengar) kepada penyanyinya.

Sahabat Perawi

  1. Fudhalah bin 'Ubaid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1258, hadis no. 6426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فضالة بن عبيد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لله أشد أذنا إلى الرجل الحسن الصوت بالقرآن من صاحب القينة إلى قينته. [هــ، حب، ك، حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2951)].

(Lemah) Daripada Fudhalah bin 'Ubaid RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Allah mendengar dengan lebih prihatin kepada seorang lelaki yang merdu suaranya dalam membaca al-Quran dengan kuat berbanding tuan kepada penyanyi perempuan (mendengar) kepada penyanyinya. [Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2951]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.