Allah menciptakan tanah pada hari Sabtu

TEKS BAHASA ARAB

خلق الله التربة يوم السبت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah menciptakan tanah pada hari Sabtu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 84, hadis nombor 153. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ويشبه هذا ما وقع فيه الغلط من حديث أبي هريرة “خلق الله التربة يوم السبت … ” الحديث وهو في صحيح مسلم ولكن وقع الغلط في رفعه وإنما هو من قول كعب الأحبار كذلك قال إمام أهل الحديث محمد بن إسماعيل البخاري في تاريخه الكبير وقاله غيره من علماء المسلمين أيضا وهو كما قالوا لأن الله أخبر أنه خلق السماوات والأرض وما بينهمافي ستة أيام وهذا الحديث يقتضي أن مدة التخليق سبعة أيام والله تعالى أعلم.

Perkara yang menyerupainya (hadis tidak sahih) ialah hadis yang terdapat kesalahan ialah hadis yang diriwayatakan oleh Abu Hurairah: “Allah menciptakan tanah pada hari Sabtu.” Ia terdapat di dalam kitab (Sahih Muslim). Kekeliruan pada hadis ini ialah disebabkan disandarkan kepada Nabi. Sedangkan perkataan ini diucapkan oleh Ka’ab al-Ahbar. Demikianlah pendapat imam ahli hadis, Muhammad bin Ismail al-Bukhari di dalam kitabnya Tarikh al-Kabir. Ulama yang lain juga berpendapat sedemikian.
Dalil mereka adalah sepertimana yang telah diberitakan oleh Allah: “Allah ialah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada antara kedua-duanya selama enam hari.” (Al-Furqan: 59). Hadis di atas menunjukkan tempoh penciptaan dunia ialah 7 hari. Allah Maha Mengetahui.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs