Allah menciptakan syurga Adn dan menanam pokoknya dengan tanganNya sendiri

TEKS BAHASA ARAB

خلق الله جنة عدن، وغرس أشجارها بيده، فقال لها: ‌تكلمي، فقالت: (قد أفلح المؤمنون).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah menciptakan syurga Adn, dan menanam pokoknya dengan tanganNya sendiri, lalu Dia berkata kepadanya: Berkata-katalah kamu. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mukmin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649, hadis nombor 3361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خلق الله جنة عدن، وغرس أشجارها بيده، فقال لها: ‌تكلمي، فقالت: (قد أفلح المؤمنون))). [عد، ك، البيهقي في ((أسمأ والصفات))، ((الضعيفة)) (1283)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah menciptakan syurga Adn, dan menanam pokoknya dengan tangan-Nya sendiri, lalu Dia berkata kepadanya: Berkata-katalah kamu. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mukmin.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1283]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs