Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خلق اللهُ جَنَّةَ عَدْنٍ، وغرس أشجارَها بيدِهِ، فقال لها : تَكَلَّمِي، فقالت : { قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ }.
Teks Bahasa Melayu
Allah menciptakan syurga Adn, dan menanam pokoknya dengan tanganNya sendiri, lalu Dia berkata kepadanya: Berkata-katalah kamu. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mukmin.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649, hadis no. 3361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خلق الله جنة عدن، وغرس أشجارها بيده، فقال لها: تكلمي، فقالت: (قد أفلح المؤمنون))). [عد، ك، البيهقي في ((أسمأ والصفات))، ((الضعيفة)) (1283)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah menciptakan syurga Adn, dan menanam pokoknya dengan tangan-Nya sendiri, lalu Dia berkata kepadanya: Berkata-katalah kamu. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mukmin.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1283]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman