Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah menciptakan suatu awan kepada ahli neraka

Teks Bahasa Arab

يُنشئُ اللَّهُ سحابةً لأَهْلِ النَّارِ، فيقال: يا أَهْلَ النَّارِ! أيَّ شيءٍ تطلبونَ؟ فيَذكرونَ سحابَةَ الدُّنيا، فيقولونَ: يا ربّنا! الشَّرابَ. فتُمْطرُهُم أغلالًا تزيدُ في أغلالِهِم، وسلاسلَ تزيدُ في سلاسلِهِم، وجمرًا تلتَهبُ عليهِم.

Teks Bahasa Melayu

Allah menciptakan suatu awan kepada ahli neraka. Lalu dikatakan: Wahai ahli neraka! Apakah yang kamu inginkan? Lalu mereka menyebutkan awan di dunia. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami! (Kami inginkan) minuman. Lalu Allah menghujani mereka belenggu yang menambah belenggu mereka, dan rantai yang menambah rantai mereka, serta menambah api ke atas api yang membakar mereka.

Sahabat Perawi

  1. Ya'la bin Munabbih

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 678, hadis no. 3489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعلى بن منبه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ينشئ الله سحابة لأهل النار، فيقال: يا أهل النار! أي شيء تطلبون؟ فيذكرون سحابة الدنيا، فيقولون: يا ربنا! الشراب. فتمطرهم أغلالاً تزيد في أغلالهم، وسلاسل تزيد في سلاسلهم، وجمراً تلتهب عليهم)). [ابن أبي الدنيا في ((الأهوال))، طس، عد، ((الضعيفة)) (5403)]

(Lemah) Daripada Ya‘lā bin Munabbih berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah menciptakan suatu awan kepada ahli neraka. Lalu dikatakan: Wahai ahli neraka! Apakah yang kamu inginkan? Lalu mereka menyebutkan awan di dunia. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami! (Kami inginkan) minuman. Lalu Allah menghujani mereka belenggu yang menambah belenggu mereka, dan rantai yang menambah rantai mereka, serta menambah api ke atas api yang membakar mereka. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ahwāl, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5403]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.