TEKS BAHASA ARAB
خلق الله آدم من أديم الأرض كلها، فخرجت ذريته على حسب ذلك؛ منهم الأبيض، والأسود، والأسمر، والأحمر، ومنهم بين ذلك، ومنهم السهل، والخبيث، والطيب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah menciptakan Nabi Adam daripada kesemua (jenis) permukaan bumi. Maka keluarlah zuriatnya mengikut yang demikian; daripada kalangan mereka ada yang putih, hitam, sawo matang, merah dan ada juga yang berada di antara yang demikian. Daripada kalangan mereka juga ada yang mudah, buruk dan baik.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 521, hadis nombor 2764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر باختصار (القبضة)) عن أبي موسى الأشعري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «خَلَقَ اللَّهُ آدمَ مِن أديمِ الأرْضِ كلِّها، فخَرَجَتْ ذرِّيَّتُهُ عَلَى حَسْبِ ذلِكَ؛ منْهمُ الأبْيَضُ، والأَسْوَدُ، والأَسْمَرُ، والأحمرُ، ومنْهم بَيْنَ ذلِكَ، وَمِنْهُم السَّهلُ، والخبيثُ، والطِّيبُ». [ك، هق، «الضعيفة» (5782)].
(Munkar tanpa lafaz "genggaman") Daripada Abu Musa al-‘Ash’ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Allah menciptakan Nabi Adam daripada kesemua (jenis) permukaan bumi. Maka keluarlah zuriatnya mengikut yang demikian; daripada kalangan mereka ada yang putih, hitam, sawo matang, merah dan ada juga yang berada di antara yang demikian. Daripada kalangan mereka juga ada yang mudah, buruk dan baik". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5782].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.