Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Allah menciptakan Nabi Adam daripada kesemua (jenis) permukaan bumi

Teks Bahasa Arab

خَلَقَ اللَّهُ آدمَ مِن أديمِ الأرْضِ كلِّها، فخَرَجَتْ ذرِّيَّتُهُ عَلَى حَسْبِ ذلِكَ؛ منْهمُ الأبْيَضُ، والأَسْوَدُ، والأَسْمَرُ، والأحمرُ، ومنْهم بَيْنَ ذلِكَ، وَمِنْهُم السَّهلُ، والخبيثُ، والطِّيبُ.

Teks Bahasa Melayu

Allah menciptakan Nabi Adam daripada kesemua (jenis) permukaan bumi. Maka keluarlah zuriatnya mengikut yang demikian; daripada kalangan mereka ada yang putih, hitam, sawo matang, merah dan ada juga yang berada di antara yang demikian. Daripada kalangan mereka juga ada yang mudah, buruk dan baik.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa al-'Ash'ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 521, hadis no. 2764.

(منكر باختصار (القبضة)) عن أبي موسى الأشعري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «خَلَقَ اللَّهُ آدمَ مِن أديمِ الأرْضِ كلِّها، فخَرَجَتْ ذرِّيَّتُهُ عَلَى حَسْبِ ذلِكَ؛ منْهمُ الأبْيَضُ، والأَسْوَدُ، والأَسْمَرُ، والأحمرُ، ومنْهم بَيْنَ ذلِكَ، وَمِنْهُم السَّهلُ، والخبيثُ، والطِّيبُ». [ك، هق، «الضعيفة» (5782)].

(Munkar tanpa lafaz "genggaman") Daripada Abu Musa al-'Ash'ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Allah menciptakan Nabi Adam daripada kesemua (jenis) permukaan bumi. Maka keluarlah zuriatnya mengikut yang demikian; daripada kalangan mereka ada yang putih, hitam, sawo matang, merah dan ada juga yang berada di antara yang demikian. Daripada kalangan mereka juga ada yang mudah, buruk dan baik". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5782].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.