Allah mencipta syurga Adn dengan tanganNya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خلق الله جنة عدن بيده، لبنة من ‌درة ‌بيضاء، ولبنة من ياقوتة حمراء، ولبنة من زبرجدة خضراء، وملاطها مسك، وحشيشها الزعفران، حصباؤها اللؤلؤ، وترابها العنبر، ثم قال لها: انطقي، قالت: " قد أفلح المؤمنون "، فقال الله عز وجل: وعزتي وجلالي لا يجاورني فيك بخيل، ثم تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم: " ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mencipta syurga Adn dengan tanganNya, binaannya dari permata putih, juga dari permata Yaqut yang merah, juga dari permata Zabarjad berwarna hijau, simennya daripada Misk (kasturi), tumbuhannya adalah Za’faran, batunya dari mutiara, tanahnya dari Anbar, kemudian dikatakan kepadanya: Berkatalah. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mukmin.” Lalu Allah berkata: Demi keagungan dan kemuliaanKu, tidaklah berjiran aku denganmu dengan kebakhilan, kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: “Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649, hadis nombor 3360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((خلق الله جنة عدن بيده، لبنة من ‌درة ‌بيضاء، ولبنة من ياقوتة حمراء، ولبنة من زبرجدة خضراء، وملاطها مسك، وحشيشها الزعفران، حصباؤها اللؤلؤ، وترابها العنبر، ثم قال لها: انطقي، قالت: " قد أفلح المؤمنون "، فقال الله عز وجل: وعزتي وجلالي لا يجاورني فيك بخيل، ثم تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم: " ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون)). [ابن أبي الدنيا، أبو نعيم كلاهما في ((صفات الجنة))، ((الضعيفة)) (1285)]

(Lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah mencipta syurga Adn dengan tangan-Nya, binaannya dari permata putih, juga dari permata Yaqut yang merah, juga dari permata Zabarjad berwarna hijau, simennya daripada Misk (Kasturi), tumbuhannya adalah Za’faran, batunya dari mutiara, tanahnya dari Anbar, kemudian dikatakan kepadanya: Berkatalah. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mukmin.” Lalu Allah berkata: Demi keagungan dan kemuliaanKu, tidaklah berjiran aku denganmu dengan kebakhilan, kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: “Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Abu Nu’aim dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1285]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.