Allah mempunyai lembaran yang salah satunya adalah mutiara, satu lagi nilam dan pena-Nya adalah cahaya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن لله لوحا، أحد وجهيه درة، والآخر ياقوتة، قلمه النور، فيه يخلق، وبه يرزق، وبه يحيي، وبه يميت، ويعز، ويذل، ويفعل ما يشاء، في يوم وليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah mempunyai lembaran yang salah satunya adalah mutiara, satu lagi nilam dan penanya adalah cahaya, Dengan kesemua itu sesuatu diciptakan, dengannya diberikan rezeki, dengannya dihidupkan dan dimatikan, dimuliakan dan dihina dan melakukan apa sahaja sehari semalam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 443, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو الفتح الأزدي، عن أنس مرفوعا.قال ابن الجوزي: موضوع، في إسناده: محمد بن عثمان الحداني: متروك الحديث. قال الذهبي: أتي بخبر باطل، يعني هذا، وقد أخرجه أبو الشيخ، في كتاب العظمة.

Ia diriwayatkan oleh Abu Fath al-Azdi daripada Anas secara marfu’.
Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dalam sanadnya ada Muhammad bin Uthman al-Hadani, seorang yang matruk.Al-Zahabi berkata: Dia datang dengan khabar yang batil. Diriwayatkan juga oleh Abu al-Syeikh dalam kitab al-Azamah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs