Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah mempunyai lembaran yang salah satunya adalah mutiara, satu lagi nilam dan pena-Nya adalah cahaya

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ لِلَّهِ لَوْحًا، أَحَدُ وَجْهَيْهِ دُرَّةٌ، وَالآخَرُ يَاقُوتَةٌ، قَلَمُهُ النُّورُ، فيه يَخْلُقُ، وَبِهِ يَرْزُقُ، وَبِهِ يُحْيِي، وَبِهِ يُمِيتُ، وَيُعِزُّ، وَيُذِلُّ، وَيَفْعَلُ مَا يَشَاءُ، فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah mempunyai lembaran yang salah satunya adalah mutiara, satu lagi nilam dan penanya adalah cahaya, Dengan kesemua itu sesuatu diciptakan, dengannya diberikan rezeki, dengannya dihidupkan dan dimatikan, dimuliakan dan dihina dan melakukan apa sahaja sehari semalam.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 443, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو الفتح الأزدي، عن أنس مرفوعا.قال ابن الجوزي: موضوع، في إسناده: محمد بن عثمان الحداني: متروك الحديث. قال الذهبي: أتي بخبر باطل، يعني هذا، وقد أخرجه أبو الشيخ، في كتاب العظمة.

Ia diriwayatkan oleh Abu Fath al-Azdi daripada Anas secara marfu’. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dalam sanadnya ada Muhammad bin Uthman al-Hadani, seorang yang matruk.Al-Zahabi berkata: Dia datang dengan khabar yang batil. Diriwayatkan juga oleh Abu al-Syeikh dalam kitab al-Azamah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.