Allah mempunyai ahli-ahli majlis pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن لله جلساء يوم القيامة عن يمين العرش، – وكلتا يدي الله يمين – على منابر من نور، وجوههم من نور، ليسوا بأنبياء، ولا شهداء، ولا صديقين. قيل: يا رسول الله! من هم؟ قال: المتحابون بجلال الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli majlis pada hari kiamat di bahagian kanan ‘Arash – kedua-dua tangan Allah adalah kanan -, di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya, wajah-wajah mereka juga daripada cahaya, mereka bukanlah para Nabi dan bukan juga para syahid serta bukan juga para siddiqqin. Ditanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Siapakah mereka? Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang yang saling mengasihi kerana Keagungan Allah Ta’ala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1388, hadis nombor 7049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن لله جلساء يوم القيامة عن يمين العرش، – وكلتا يدي الله يمين – على منابر من نور، وجوههم من نور، ليسوا بأنبياء، ولا شهداء، ولا صديقين. قيل: يا رسول الله! من هم؟ قال: المتحابون بجلال الله تعالى.
[طب، ((الضعيفة)) (6264)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli majlis pada hari kiamat di bahagian kanan ‘Arash – kedua-dua tangan Allah adalah kanan -, di atas mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya, wajah-wajah mereka juga daripada cahaya, mereka bukanlah para Nabi dan bukan juga para syahid serta bukan juga para siddiqqin. Ditanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Siapakah mereka? Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang yang saling mengasihi kerana Keagungan Allah Ta’ala.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6264]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs