Allah mempunyai 70 hijab dari cahaya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن لله سبعين حجابا من النور، لو كشفها لأحرق سبحات وجهه كل ما أبصره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah mempunyai 70 hijab daripada cahaya, jika Allah mendedahkannya nescaya cahaya wajah-Nya membakar setiap yang melihat-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 450, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو الشيخ. قال في المختصر: سنده ضعيف، وقال ابن الجوزي: لا أصل له.ورواه الطبراني بإسناد جيد بلفظ: حجابه النور.

Diriwayatkan oleh Abu al-Syeikh. Dia berkata dalam al-Mukhtasar bahawa sanadnya dhaif. Ibn al-Jauzi berkata: Tiada asal baginya. Diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang baik dengan lafaz: Hijabnya adalah cahaya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.