Allah memperkenalkan zat-Nya kepadaku pada hari Kiamat, lalu aku bersujud dengan satu sujud yang Dia reda terhadapku

TEKS BAHASA ARAB

((يعرفني الله نفسه يوم القيامة، فأسجد سجدة ‌يرضى ‌بها ‌عني، ثم أمدحه بمدحة ‌يرضى ‌بها ‌عني، ثم يؤذنُ لي في الكلام … )) وفيه كلام طويل كثير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Allah memperkenalkan zat-Nya kepadaku pada hari Kiamat, lalu aku bersujud dengan satu sujud yang Dia reda terhadapku. Kemudian aku memuji-Nya dengan satu pujian yang Dia reda terhadapku, setelah itu, aku pun diizinkan bercakap…)) ada sambungan dialog yang panjang dan banyak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis nombor 3011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((يعرّفني الله نفسه يوم القيامة، فأسجد سجدة ‌يرضى ‌بها ‌عني، ثم أمدحه بمدحة ‌يرضى ‌بها ‌عني، ثم يؤذنُ لي في الكلام … )) وفيه كلام طويل كثير. [ابن أبي عاصم في ((السنة))، ع، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6602)].

(Palsu) Daripada Ubay bin Kaab RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: ((Allah memperkenalkan zat-Nya kepadaku pada hari Kiamat, lalu aku bersujud dengan satu sujud yang Dia reda terhadapku. Kemudian aku memuji-Nya dengan satu pujian yang Dia reda terhadapku, setelah itu, aku pun diizinkan bercakap…)) ada sambungan dialog yang panjang dan banyak. [Riwayat Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah, Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya, Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6602].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs