Allah memberi uzur kepada golongan fakir miskin di hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يعتذر الله للفقراء يوم القيامة فيقول: وعزتي وجلالي ما زويت الدنيا عنكم لهوانكم علي، ولكن أردت أن أرفع قدركم في هذا اليوم. انطلقوا إلى الموقف، فمن أحسن إليكم بكسرة أو سقاكم شربة من الماء أو كساكم بخرقة فانطلقوا به إلى الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah memberi uzur kepada golongan fakir miskin di hari kiamat, lalu Allah berkata: Demi kekuatan dan kemuliaanku, tidaklah aku memalingkan dunia ini daripada kamu disebabkan kehinaanmu di sisiKu, akan tetapi (tujuannya) adalah untuk meninggikan darjat kamu pada hari ini. Pergilah kalian ke al-Mawqif. Barangsiapa yang berbuat baik kepada kalian atau memberikan kepada kalian seteguk air atau pun memberikan sekeping pakaian kepada kalian, maka pergilah ke syurga bersama dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 117, hadis nombor 134. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا كَذِبٌ لَمْ يَرْوِهِ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ، وَهُوَ مُخَالِفٌ لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالإِجْمَاعِ.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini adalah dusta dan tidak diriwayatkan oleh daripada mana-mana ahli ilmu, dan hadis ini juga telah bercanggah dengan kitab (al-Qur’an) dan al-Sunnah dan juga al-Ijmak.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs