Allah memerintahkan Nabi untuk memakan makanan yang ada dalam pinggan iaitu kurma syurga yang didatangkan oleh Jibril

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله أمر النبي أن يأكل من طبق جاء به إليه جبريل من رطب الجنة، وأمره أن يواقع خديجة فحملت بفاطمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah memerintahkan Nabi untuk memakan makanan yang ada dalam pinggan yang didatangkan oleh Jibril daripada kurma matang syurga. Dia juga memerintahkan Baginda untuk menggauli Khadijah maka dia mengandungkan Fatimah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 388, hadis nombor 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو بكر الشافعي عن عمر بن الخطاب مرفوعا، وقال ابن الجوزي: موضوع، وفي إسناده: وضاع، وهو عمرو بن زياد، وقال في الميزان: إنه واضعه، وقال ابن حجر في اللسان: ذكره ابن حبان في الثقات انتهى. والحديث لا شك أنه كذب. ففاطمة رضي الله عنها ولدت قبل النبوة.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Syafi’i daripada Umar bin al-Khattab secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Pada sanadnya ada pemalsu hadith iaitu Amru bin Ziad. Dia berkata dalam al-Mizan: dia adalah perekanya. Ibn Hajar berkata dalam al-Lisan: Ia disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Hadith ini adalah palsu tanpa syak lagi. Fatimah RA lahir sebelum kenabian lagi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs