Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إن الله أمر النبي أَنْ يَأْكُلَ مِنْ طَبَقٍ جَاءَ بِهِ إِلَيْهِ جِبْرِيلُ مِنْ رُطَبِ الْجَنَّةِ، وَأَمَرَهُ أَنْ يُوَاقِعَ خَدِيجَةَ فَحَمَلَتْ بِفَاطِمَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Allah memerintahkan Nabi untuk memakan makanan yang ada dalam pinggan yang didatangkan oleh Jibril daripada kurma matang syurga. Dia juga memerintahkan Baginda untuk menggauli Khadijah maka dia mengandungkan Fatimah.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 388, hadis no. 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Syafi'i daripada Umar bin al-Khattab secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Pada sanadnya ada pemalsu hadith iaitu Amru bin Ziad. Dia berkata dalam al-Mizan: dia adalah perekanya. Ibn Hajar berkata dalam al-Lisan: Ia disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Hadith ini adalah palsu tanpa syak lagi. Fatimah RA lahir sebelum kenabian lagi.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman