Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah memerintahkan aku mendekati (bersaudara)

Teks Bahasa Arab

أَوْصانِي اللهُ بِذِي القُرْبَى، وأمرني أن أبدأَ بالعباسِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah memerintahkan aku mendekati (bersaudara), memerintahku memulakan dengan al-‘Abbas.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Sa’labah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1829, hadis no. 9221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن ثعلبة رضي الله عنه، قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أوصاني الله بذي القربى، وأمرني أن أبدأ بالعباس)). [ك، ((الضعيفة)) (3338)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Sa’labah RA, berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Allah memerintahkan aku mendekati (bersaudara), memerintahku memulakan dengan al-‘Abbas. (Riwayat Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3338]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.