Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah membezakan para wali-Nya sehingga bersih bumi ini daripada orang munafik

Teks Bahasa Arab

يُمَيِّزُ اللَّهُ أَوْلِيَاءَهُ وَأَصْفِيَاءَهُ، حَتَّى تَطْهُرَ الْأَرْضُ مِنْ الْمُنَافِقِينَ، والقتالين، وأبناء القتالين، والقتالين، ويتبع الرجل يومئذٍ خمسون امرأة، هذه تقول: يا عبد الله! استرنى، يا عبد الله! آوِني.

Teks Bahasa Melayu

Allah membezakan para wali-Nya dan manusia pilihan-Nya sehingga bersih bumi ini daripada orang munafik, orang yang suka membunuh dan anak kepada pembunuh. Seorang lelaki akan mengikuti 50 perempuan. Dia berkata: Wahai Abdullah! Tutuplah tubuh aku. Wahai Abdullah! Lindungilah aku.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1945, hadis no. 9746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة رضي الله عنه عن النبي ﷺ: يُمَيِّزُ اللَّهُ أَوْلِيَاءَهُ وَأَصْفِيَاءَهُ، حَتَّى تَطْهُرَ الْأَرْضُ مِنْ الْمُنَافِقِينَ، والقتالين، وأبناء القتالين، والقتالين، ويتبع الرجل يومئذٍ خمسون امرأة، هذه تقول: يا عبد الله! استرنى، يا عبد الله! آوِني. [عد، ((الضعيفة)) (6177)]

(Palsu) Daripada Huzaifah RA beliau meriwayatkan daripada Nabi SAW: Allah membezakan para wali-Nya dan manusia pilihan-Nya sehingga bersih bumi ini daripada orang munafik, orang yang suka membunuh dan anak kepada pembunuh. Seorang lelaki akan mengikuti 50 perempuan. Dia berkata: Wahai Abdullah! Tutuplah tubuh aku. Wahai Abdullah! Lindungilah aku. [Riwayat Imam Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6177]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.