Terdapat riwayat sokongan

30/06/2024

minit bacaan



Allah memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW: Aku membalas pembunuhan Yahya Bin Zakaria sebanyak tujuh puluh ribu

Teks Bahasa Arab

أوحى الله إِلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي قتلت بِيَحْيَى بن زَكَرِيَّا سبعين ألفا وَإِنِّي قَاتل بِابْن بنتك سبعين ألفا وَسبعين ألفا.

Teks Bahasa Melayu

Allah memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW: Aku membalas pembunuhan Yahya Bin Zakaria sebanyak tujuh puluh ribu dan Aku membalas pembunuhan cucu engkau sebanyak tujuh puluh ribu dan tujuh ribu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat riwayat sokongan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْوَجِيز ابْن عَبَّاس «أوحى الله إِلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي قتلت بِيَحْيَى بن زَكَرِيَّا سبعين ألفا وَإِنِّي قَاتل بِابْن بنتك سبعين ألفا وَسبعين ألفا» فِيهِ مُحَمَّد بن شَدَّاد ضَعِيف جدا قلت قد توبع وَقَالَ الذَّهَبِيّ أَنه على شَرط مُسلم.

Dalam kitab al-Wajiz menyebut: Daripada Ibn ‘Abbas: “Allah memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW: Aku membalas pembunuhan Yahya Bin Zakaria sebanyak tujuh puluh ribu dan Aku membalas pembunuhan cucu engkau sebanyak tujuh puluh ribu dan tujuh ribu.” Dalam sanadnya terdapat Muhammad Bin Syaddad. Beliau adalah seorang perawi yang daif jiddan (terlalu lemah). Saya katakan: Riwayat hadith beliau disokong oleh riwayat yang lain. al-Zahabi berkata: Beliau adalah perawi yang menepati syarat Imam Muslim.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.