Allah memberikan kemaafan kepada golongan buta huruf terhadap perkara yang tidak diberikan kemaafan kepada para ilmuwan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يعافي الأميين يوم القيامة ما لا يعافي العلماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada hari kiamat, Allah memberikan kemaafan kepada golongan buta huruf terhadap perkara yang tidak diberikan kemaafan kepada para ilmuwan (ulama).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1328, hadis nombor 6779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إن الله يعافي الأميين يوم القيامة ما لا يعافي العلماء.
[الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، حل، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ابن عساكر في ((ذم من لا يعمل بعلمه))، ((الضعيفة)) (3154)]

(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pada hari kiamat, Allah memberikan kemaafan kepada golongan buta huruf terhadap perkara yang tidak diberikan kemaafan kepada para ilmuwan (ulama).
[Riwayat al-Ramaharmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu al-Hakim dalam al-Kuna, Ibn 'Asakir dalam Zam Man La Ya'mal Bi 'Ilmihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3 154]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.