Allah memberikan cahaya kepada setiap lelaki dan wanita yang beriman serta orang munafik

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يدعو الناس يوم القيامة بأسمائهم؛ سترا منه على عباده، وأما عند الصراط؛ فإن الله عز وجل يعطي كل مؤمن نورا، وكل مؤمنة نورا، وكل منافق نورا، فإذا استووا على الصراط سلب الله نور المنافقين والمنافقات، فقال المنافقون: {انظرونا نقتبس من نوركم} (الحديد: 13)، وقال المؤمنون: {ربنا أتمم لنا نورنا) (التحريم: 8)، فلا يذكر عند ذلك أحد أحدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta’ala akan menyeru manusia pada hari kiamat menggunakan nama-nama mereka sebagai penutupan daripadaNya terhadap hamba-hamba-Nya. Adapun ketika di titian sirat, Allah ‘Azza wa jalla akan memberikan cahaya kepada setiap lelaki yang beriman, cahaya kepada setiap wanita yang beriman dan cahaya kepada setiap orang munafik. Apabila mereka sudah berada di atas titian sirat, Allah menghilangkan cahaya orang-orang munafik lelaki dan perempuan, lalu orang-orang munafik berkata: {Lihatlah kepada kami, kami mahu mengambil sedikit cahaya kalian} [Surah al-Hadid:13], dan orang-orang beriman pula berkata: {Tuhan kami, sempurnakanlah buat kami cahaya kami} [Surah al-Tahrim: 8] maka ketika saat itu tidak lagi seseorang boleh mengingati seseorang yang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1303, hadis nombor 6654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، مرفوعا : إن الله تعالى يدعوالناس يوم القيامة بأسمائهم؛ سترا منه على عباده، وأما عند الصراط؛ فإن الله عز وجل يعطي كل مؤمن نورا، وكل مؤمنة نورا، وكل منافق نورا، فإذا استووا على الصراط سلب الله نور المنافقين والمنافقات، فقال المنافقون: {انظرونا نقتبس من نوركم} (الحديد: 13)، وقال المؤمنون: {ربنا أتمم لنا نورنا} (التحريم: 8)، فلا يذكر عند ذلك أحد أحدا.
[طب، ((الضعيفة)) (434)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Ta’ala akan menyeru manusia pada hari kiamat menggunakan nama-nama mereka sebagai penutupan daripadaNya terhadap hamba-hamba-Nya. Adapun ketika di titian sirat, Allah ‘Azza wa jalla akan memberikan cahaya kepada setiap lelaki yang beriman, cahaya kepada setiap wanita yang beriman dan cahaya kepada setiap orang munafik. Apabila mereka sudah berada di atas titian sirat, Allah menghilangkan cahaya orang-orang munafik lelaki dan perempuan, lalu orang-orang munafik berkata: {Lihatlah kepada kami, kami mahu mengambil sedikit cahaya kalian} [Surah al-Hadid:13], dan orang-orang beriman pula berkata: {Tuhan kami, sempurnakanlah buat kami cahaya kami} [Surah al-Tahrim: 8] maka ketika saat itu tidak lagi seseorang boleh mengingati seseorang yang lain.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 434].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs