Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحَى اللهُ إلى الدُّنيا: أن اخدِمي مَن خدَمني، وأتعبي مَن خدمَكِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah memberi wahyu kepada dunia agar berkhidmat untuk orang yang berkhidmat untuk-Ku (Allah) dan memenatkan orang yang berkhidmat untukmu (untuk dunia).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis no. 9870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: «أوحى الله إلى الدنيا: أن اخدمي من خدمني، وأتعبي من خدمك». [خط، ابن الجوزي، «الضعيفة» (808)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah memberi wahyu kepada dunia agar berkhidmat untuk orang yang berkhidmat untuk-Ku (Allah) dan memenatkan orang yang berkhidmat untukmu (untuk dunia). [Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawziy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.808].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman