Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya

TEKS BAHASA ARAB

يشفع الله تبارك وتعالى يوم القيامة آدم من جميع ذريته في مئة ألف ألف وعشرة ألف ألف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya seramai jutaan dan ratusan ribu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1716, hadis nombor 8626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك مرفوعاً: (يشفع الله تبارك وتعالى يوم القيامة آدم من جميع ذريته في مئة ألف ألف وعشرة ألف ألف).
[طس، ((الضعيفة)) (6702)]

(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah memberi syafaat pada hari kiamat kepada Nabi Adam dan seluruh zuriatnya seramai jutaan dan ratusan ribu.” [al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6702]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.