Allah membenci orang yang suka mencerai

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يكره المطلاق الذواق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah membenci orang yang suka mencerai bertujuan merasa-rasa.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 22, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف، لكن في الحديث: "أبغض الحلال إلى الله الطلاق"، وفيه -أيضا-: "إن الله لا يحب الذواقين والذواقات".

Tidak diketahui, namun terdapat dalam hadith: "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talak", dan mengenainya juga: "Sesungguhnya Allah membenci golongan lelaki bernikah untuk merasa-rasa dan golongan wanita bernikah untuk merasa-rasa".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs