TEKS BAHASA ARAB
إن الله ينتقم من الظالم بالظالم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah membalas terhadap orang zalim melalui orang zalim juga.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 22, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف بهذا. لكن جاء عن مالك بن دينار، قال: قرأت في الزبور: إني أنتقم من المنافق بالمنافق. ثم أنتقم من المنافقين جميعا، وذلك في كتاب الله تعالى: {وكذلك نولي بعض الظالمين بعضا بما كانوا يكسبون} [الأنعام : 129].
Tidak diketahui dengan lafaz ini. Namun ada diriwayatkan daripada Malik bin Dinar, katanya: Aku membaca dalam Zabur: "Sesungguhnya Aku akan membalas terhadap orang munafik dengan orang munafik juga. Kemudian Aku akan membalas terhadap semua orang-orang munafik", ia juga terdapat dalam Kitab Allah (al-Qur’an): {Dan demikianlah Kami menguasakan sebahagian daripada orang-orang yang zalim itu terhadap sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan} [Surah Al-An'aam : 129].
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.