TEKS BAHASA ARAB
إن الله أعطاني فيما من به علي، وقال: إني أعطيتك يا محمد فاتحة الكتاب من كنوز عرشي، ثم قسمتها بيني وبينك نصفين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah telah memberikan kepadaku pada perkara yang Dia anugerahkan kepadaku dan Dia berfirman: Wahai Muhammad! Aku telah memberikan kepadamu surah al-Fatihah daripada perbendaharaan Arasy-Ku, kemudian Aku bahagikannya antara-Ku dan kamu menjadi dua bahagian.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1451, hadis nombor 7379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله أعطاني فيما من به علي، وقال: إني أعطيتك يا محمد فاتحة الكتاب من كنوز عرشي، ثم قسمتها بيني وبينك نصفين)). [فر، ((الضعيفة)) (3051)].
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah telah memberikan kepadaku pada perkara yang Dia anugerahkan kepadaku dan Dia berfirman: Wahai Muhammad! Aku telah memberikan kepadamu surah al-Fatihah daripada perbendaharaan Arasy-Ku, kemudian Aku bahagikannya antara-Ku dan kamu menjadi dua bahagian.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3051].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.