Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّ اللَّهَ أعطاني فيما مَنَّ بِهِ عليَّ، وقال: إنِّي أعطيتُكَ يا محمَّدُ فاتِحةَ الكتابِ من كُنوزِ عرشي، ثمَّ قَسمتُها بيني وبينَكَ نِصفَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah telah memberikan kepadaku pada perkara yang Dia anugerahkan kepadaku dan Dia berfirman: Wahai Muhammad! Aku telah memberikan kepadamu surah al-Fatihah daripada perbendaharaan Arasy-Ku, kemudian Aku bahagikannya antara-Ku dan kamu menjadi dua bahagian.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1451, hadis no. 7379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله أعطاني فيما من به علي، وقال: إني أعطيتك يا محمد فاتحة الكتاب من كنوز عرشي، ثم قسمتها بيني وبينك نصفين)). [فر، ((الضعيفة)) (3051)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah telah memberikan kepadaku pada perkara yang Dia anugerahkan kepadaku dan Dia berfirman: Wahai Muhammad! Aku telah memberikan kepadamu surah al-Fatihah daripada perbendaharaan Arasy-Ku, kemudian Aku bahagikannya antara-Ku dan kamu menjadi dua bahagian. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3051].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman