Allah memasukkan dengan satu haji tiga orang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يدخل الله بالحجة الواحدة ثلاثة نفر: الميت والحاج والمنفذ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah memasukkan dengan satu haji tiga orang: Si mati (Yang dilakukan haji baginya), orang yang melakukan haji (bagi si mati) dan pelaksana wasiat (untuk lakukan haji bagi si mati).


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 107-108, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا.
قال في اللآلىء: لا يصح.
وقد أخرجه البيهقي في سننه واقتصر على تضعيفه
وأخرج الدارقطني من حديث أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " حجة للمخرج عنه وحجة للحاج وحجة للوصي"

Ibn Adi meriwayatkan daripada Jabir secara marfu' (disandarkan kepada Nabi).
Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: Hadith ini tidak sahih.
Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitab sunannya dan berpada dengan mendaifkannya.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada hadith Anas, Nabi bersabda: Haji bagi orang yang dilakukan haji baginya, haji bagi orang mengerjakan haji (badal), bagi orang yang melaksanakan wasiat.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs