Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أجاركم من ثلاث خلال: أن لا يدعو عليكم نبيكم فتهلكوا جميعا، وأن لا يظهر أهل الباطل على أهل الحق، وأن لا تجتمعوا على ضلالة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan; bahawa Nabi kalian tidak mendoakan (keburukan) atas kalian lalu kalian binasa semuanya, bahawa pendukung kebatilan tidak zahir mengatasi pendukung kebenaran, serta kalian tidak berhimpun pada kesesatan.

STATUS

Lemah apabila sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis nombor 2443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله أجاركم من ثلاث خلال: أن لا يدعو عليكم نبيكم فتهلكوا جميعا، وأن لا يظهر أهل الباطل على أهل الحق، وأن لا تجتمعوا على ضلالة». [د، «الضعيفة» (1510)].

(Lemah Apabila Sempurna Begini) Daripada ِAbu Malik al-Ash’ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan; bahawa Nabi kalian tidak mendoakan (keburukan) atas kalian lalu kalian binasa semuanya, bahawa pendukung kebatilan tidak zahir mengatasi pendukung kebenaran, serta kalian tidak berhimpun pada kesesatan.” [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1510].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs