Lemah apabila sempurna begini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ أجاركم من ثلاثِ خِلالٍ: أن لا يَدْعُوَ عليكم نبيُّكم فتَهْلَكُوا جميعًا، وأن لا يَظْهَرَ أهلُ الباطلِ على أهلِ الحَقِّ، وأن لا تجتمعوا على ضلالةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan; bahawa Nabi kalian tidak mendoakan (keburukan) atas kalian lalu kalian binasa semuanya, bahawa pendukung kebatilan tidak zahir mengatasi pendukung kebenaran, serta kalian tidak berhimpun pada kesesatan.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Ash’ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah apabila sempurna begini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis no. 2443.
(ضعيف بهذا التمام) عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله أجاركم من ثلاث خلال: أن لا يدعو عليكم نبيكم فتهلكوا جميعا، وأن لا يظهر أهل الباطل على أهل الحق، وأن لا تجتمعوا على ضلالة». [د، «الضعيفة» (1510)].
(Lemah Apabila Sempurna Begini) Daripada ِAbu Malik al-Ash’ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan; bahawa Nabi kalian tidak mendoakan (keburukan) atas kalian lalu kalian binasa semuanya, bahawa pendukung kebatilan tidak zahir mengatasi pendukung kebenaran, serta kalian tidak berhimpun pada kesesatan.” [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1510].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman