Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهى عن الصلاة في الحمام، وعن السلام على بادي العورة.
Teks Bahasa Melayu
Allah melarang dari menunaikan solat dalam bilik mandi dan dari memberi salam terhadap orang yang menzahirkan aurat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 315, hadis no. 1661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Dari Anas RA berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah melarang dari menunaikan solat dalam bilik mandi dan dari memberi salam terhadap orang yang menzahirkan aurat. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman dan al-Kalabazi dalam Kitab Miftah al-Ma‘ani, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5231]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman