TEKS BAHASA ARAB
لعن الله المسوفات: التي يدعوها زوجها إلى فراشه فتقول: سوف! حتى تغلبه عيناه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah melaknat wanita-wanita yang melengah-lengahkan apabila dipanggil oleh suaminya ke tempat tidur, lalu dia berkata: "Nanti", hingga suami tersebut tertidur.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 66, hadis nombor 369. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Bukhari turut mengeluarkannya dalam al-Tarikh al-Kabir daripada ‘Ikrimah secara mursal (hadith yang disandarkan terus oleh seorang tabiin kepada Nabi SAW). Hadith tersebut terdapat dalam riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ di bawah biografi Ja’far bin Maisarah, beliau seorang munkar al-hadith di sisi kesemua para huffaz.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.