Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah melaknat wanita-wanita yang melengah-lengahkan

Teks Bahasa Arab

لَعَنَ الله المُسَوِّفَاتِ الَّتِي يَدْعُوهَا زَوْجُهَا إِلَى فِرَاشِهِ فَتَقُولُ: سَوْفَ! حَتَّى تَغْلِبَهُ عَيْنَاهُ.

Teks Bahasa Melayu

Allah melaknat wanita-wanita yang melengah-lengahkan apabila dipanggil oleh suaminya ke tempat tidur, lalu dia berkata: "Nanti", hingga suami tersebut tertidur.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 66, hadis no. 369. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Bukhari turut mengeluarkannya dalam al-Tarikh al-Kabir daripada 'Ikrimah secara mursal (hadith yang disandarkan terus oleh seorang tabiin kepada Nabi SAW). Hadith tersebut terdapat dalam riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa' di bawah biografi Ja'far bin Maisarah, beliau seorang munkar al-hadith di sisi kesemua para huffaz.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.