TEKS BAHASA ARAB
كان إذا رأى سهيلا قال: لعن الله سهيلا؛ فإنه كان عشارا فمسخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah melaknat Suhail kerana dia seorang pemungut cukai, maka dia diubah rupa bentuknya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي -رضي الله عنه-، قال: كان ﷺ إذا رأى سهيلا، قال: ((لعن الله سهيلا؛ فإنه كان عشارا فمسخ)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (٤١٩٦)]
(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Apabila baginda SAW melihat Suhail, baginda bersabda: Allah melaknat Suhail kerana dia seorang pemungut cukai, maka dia diubah rupa bentuknya. [Riwayat Ibn al-Sunnī dalam kitab ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4196]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.