Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا رأى سُهيلًا قال: لعن اللهُ سهيلًا ؛ فإنه كان عشَّارًا فمُسخَ.
Teks Bahasa Melayu
Allah melaknat Suhail kerana dia seorang pemungut cukai, maka dia diubah rupa bentuknya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis no. 9323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي -رضي الله عنه-، قال: كان ﷺ إذا رأى سهيلا، قال: ((لعن الله سهيلا؛ فإنه كان عشارا فمسخ)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (٤١٩٦)]
(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Apabila baginda SAW melihat Suhail, baginda bersabda: Allah melaknat Suhail kerana dia seorang pemungut cukai, maka dia diubah rupa bentuknya. [Riwayat Ibn al-Sunnī dalam kitab ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4196]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman