Allah melaknat seseorang yang melihat ke arah aurat seorang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

لعن الله الناظر إلى عورة المؤمن، والمنظور إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah melaknat seseorang yang melihat ke arah aurat seorang mukmin serta (Allah melaknat) seseorang yang dilihat (auratnya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 170, hadis nombor 851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عمران بن حصين -رضي الله عنه- مرفوعا: لعن الله الناظر إلى عورة المؤمن، والمنظور إليه.
[((الضعيفة)) (306)]

(Palsu)
Daripada ‘Imran bin Husain – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Allah melaknat seseorang yang melihat ke arah aurat seorang mukmin serta (Allah melaknat) seseorang yang dilihat (auratnya)’’.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 306]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs