Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لعَنَ اللهُ النَّاظِرَ إلى عورةِ المُؤمنِ، والمنظورَ إليه.
Teks Bahasa Melayu
Allah melaknat seseorang yang melihat ke arah aurat seorang mukmin serta (Allah melaknat) seseorang yang dilihat (auratnya).
Sahabat Perawi
- ‘Imran bin Husain
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 170, hadis no. 851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمران بن حصين -رضي الله عنه- مرفوعا: لعن الله الناظر إلى عورة المؤمن، والمنظور إليه. [((الضعيفة)) (306)]
(Palsu) Daripada ‘Imran bin Husain - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Allah melaknat seseorang yang melihat ke arah aurat seorang mukmin serta (Allah melaknat) seseorang yang dilihat (auratnya)’’. [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 306]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman