Allah melaknat penyanyi dan orang yang ditujukan nyanyian baginya.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لعن الله المغني والمغنى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Allah melaknat penyanyi dan orang yang ditujukan nyanyian baginya.”

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 147, hadis nombor 428. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لعن الله الْمُغنِي والمغنى لَهُ. قَالَ النَّوَوِيّ: لَا يَصح ، وَسكت عَنهُ السُّيُوطِيّ.

Hadith: “Allah melaknat penyanyi dan orang yang ditujukan nyanyian baginya.” al-Nawawi berkata: Tidak sahih. al-Suyuti mendiamkannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.