Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Allah melaknat pendusta

Teks Bahasa Arab

لَعَنَ اللَّهُ الْكَاذِبَ وَلَوْ كَانَ مَازِحًا.

Teks Bahasa Melayu

Allah melaknat pendusta walaupun ianya sekadar gurauan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 75, hadis no. 312. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف في المرفوع، نعم في حديث أبي هريرة: "لا يؤمن العبد الإيمان كله حتى يترك الكذب في المزاح والمراء وإن كان صادقا"، وفي حديثه الآخر: "يا أبا هريرة دع الكذب وإن كنت مازحا تكن أعبد الناس".

Tidak diketahui secara marfu'. Ya, dalam hadith Abu Hurairah: "Tidak beriman seseorang hamba dengan iman yang menyeluruh hinggalah dia meninggalkan pendustaan dalam gurauan dan perdebatan sekalipun dia dipihak benar", juga dalam hadith Abu Hurairah yang lain: "Wahai Aba Hurairah! Tinggalkanlah pendustaan sekalipun engkau bergurau, engkau akan menjadi orang yang paling mengabdikan diri".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.